BAJA DIGROW


Baja Organik DIGrow ( Rumpai Laut )

Setiap makhluk ciptaan Tuhan memerlukan bantuan tambahan seperti vitamin dan nutrisi untuk terus hidup. Begitu juga dengan tumbuhan yang memerlukan baja untuk terus hidup sihat.

Untuk itu, pelbagai produk baja dihasilkan untuk tujuan menyuburkan tanaman dan juga meningkatkan hasil. Terbaru, teknologi baja mesra alam, D.I.Grow dihasilkan dan merupakan produk yang sangat efektif. Kandungan N.P.K yang tinggi sesuai untuk semua tanaman beriklim tropika mahupun tanaman beriklim sederhana sejuk.

Tinjauan ke atas pengguna yang telah menggunakan baja ini mendapati, D.I. Grow mampu meningkatkan hasil sebanyak 70 peratus hingga ke 100 peratus. Taraf peningkatan kesihatan tanaman turut dapat dirasai.Selain daripada menyuburkan tanaman baja D.I.Grow turut membantu memperbaiki kualiti tanah, mempertingkatkan sistem rerambut akar dan juga akar, agar dapat berfungsi membantu meningkatkan penyerapan air dan baja oleh pokok. 


Selain itu ia juga merangsangkan proses pendebungaan dan mengurangkan proses pengguguran bunga dan juga putik, mempercepatkan proses kematangan pokok, manakalaAcadian seaweed yang mengandungi asid amino yang tinggi dapat membantu dalam mempertingkatkan keperluan asas pokok.

Baja D.I. Grow telah dicipta dengan dua jenis produk yang berbeza. Iaitu pakej botol merah dan hijau. Kedua-dua kandungan N.P.K turut berbeza. Bagi pakej botol hijau, kandungan nisbah N.P.K 21:21:21. Penghasilan nisbah N.P.K sedemikian bertujuan membantu tumbuhan menerima protein, enzim, klorofil, dan vitamin yang secukupnya.Dengan adanya agen-agen tersebut tanaman dapat hidup dengan lebih segar dan sihat serta memperbaiki mutu daun yang lebih sihat. Hasilnya boleh dilihat daripada daun yang kelihatan hijau berkilat dan ia sesuai untuk meningkatkan hasil pengeluaran industri tanaman untuk makanan ternakan seperti napier. Produk baja bagi botol hijau sesuai untuk pertubuhan pokok yang yang menggunakan biji benih sebagai asas.

Bagi produk baja merah pula, kandungan N.P.K agak berbeza iaitu 12:25:30. Kajian telah membuktikan apabila petani menggunakan produk baja D.I. Grow sama ada hijau atau merah, ia menggalakkan penghasilan bunga dan buah yang lebih banyak. Ia terbukti untuk apa juga tanaman termasuk durian, dan kelapa sawit. Bagi kelapa sawit, saiz buah lebih besar dan lebih berat.Perkara tersebut berlaku kerana tumbuhan tersebut telah mendapat khasiat atau nutrisi yang secukupnya daripada baja D.I. Grow. Selain membantu menyihatkan pokok dan menggalakkan hasil tanaman, D.I. Grow turut memberi kesan kepada hasil ternakan. Di Indonesia contohnya, petani telah mencampurkan produk baja D.I. Grow ini pada makanan ternakan. Hasilnya ternakan tersebut kelihatan lebih sihat dan berat haiwan tersebut turut bertambah.

Sumber: Utusan Malaysia Online

PEMBAJAAN KEPADA TANAMAN



Pembajaan tanaman merupakan amalan yang perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil di samping pergantungan kepada baja secara semulajadi dari tanah.
Membaja bukan sekadar menabur disekeliling pokok tanaman sahaja tanpa mengikut teknik-teknik yang betul tetapi keadaan pokok tanaman dan sukatan keperluan pokok mesti difahami bagi mengelakkan pembaziran kos dan masa. 

Pembaziran berlaku disebabkan kurang kefahaman terhadap teknik-teknik pembajaan yang betul kerana kemungkinan baja yang ditabur akan terlupus keudara atau terhakis dibawa air hujan.

Teknik pembajaan yang tidak betul akan mengakibatkan baja tidak dapat diserap oleh pokok secara maksimun mungkin disebabkan akar pokok jauh dari taburan baja. Taburan baja yang berlebihan daripada keperluan pokok juga menyebabkan pembaziran kerana lebihan baja hanya akan terlupus keudara atau terhakis oleh air hujan.

Selain baja yang kita tabur, pokok juga akan dapat baja dari sumber lain. Iaitu dari sumber semulajadi.

Sebagai contoh, tuhan mencipta tanah itu sendiri ada kandungan baja. Selain dari tanah pula, udara juga membekalkan baja. Iaitu unsur nitrogen.Tapi… tahukah kita, sepanjang masa baja semulajadi ini tidak dapat diserap oleh akar. Lalu kita kerugian tanpa sedar.Di bawah pokok sawit kita, ada akar pokok yang bertebaran. 

Akar inilah tempat pokok mencari makanan dan air.Untuk menjadikan pokok berbuah dengan baik, kita perlu tabur makanan pokok iaitu baja pada kawasan akar aktif.Sekiranya kita tabur baja pada kawasan yang kurang akar, maka baja kita kurang diserap dan terbazir sahaja. 

Di bawah pokok sawit kita, ada akar pokok yang bertebaran. Akar inilah tempat pokok mencari makanan dan air.Untuk menjadikan pokok berbuah dengan baik, kita perlu tabur makanan pokok iaitu baja pada kawasan akar aktif.Sekiranya kita tabur baja pada kawasan yang kurang akar, maka baja kita kurang diserap dan terbazir sahaja.

KAWASAN AKAR IKUT UMUR POKOK SAWIT

Panjang akar pokok bergantung pada umur pokok. Semakin bertambah umur pokok, semakin panjang jarak akar pokok. Panjang akar ini boleh mencapai 21 kaki dari pangkal pokok.

 0 Hingga 6 Tahun Pertama Sawit
Pada peringkat ini akar berkembang mengikut kanopi pokok. Iaitu mengikut panjang pelepah pokok. Katakan panjang pelepah muda adalah 2 kaki, jadi akar pokok adalah sekitar 2 kaki dari pangkal pokok.

TEMPAT BAJA: Untuk baja butiran, boleh tabur bertebaran bawah kanopi ini. Untuk baja cecair tambahan DiGrow, pokok 3 tahun ke bawah boleh sembur pada daun pokok sahaja iaitu kaedah pembajaan foliar.

6 Hingga 10 Tahun Sawit

Akar pokok masih lagi bertebar dibawah kanopi pokok. Manakala kebanyakan akar pula berada sekitar 5 kaki dari pangkal pokok.

TEMPAT BAJA:  Ada dua tempat boleh tabur. Iaitu dalam kawasan 5 kaki dari pangkal, namun ada risiko baja dibawa air kerana terdedah begitu sahaja.Kawasan lain adalah pada barisan antara pokok sawit iaitu pada susunan pelepah kering. Untuk baja cecair tambahan DiGrow, boleh sembur pada pangkal pokok iaitu dalam jarak 2 kaki.


10 Tahun Ke Atas Sawit
Akar pokok masih lagi bertebar dibawah kanopi pokok. Pada umur ini, akar-akar pokok sawit sudah bertemu antara satu sama lain sekitar hujung-hujung pelepah.Manakala kebanyakan akar pula berada sekitar 2 kaki hingga 5 kaki dari pangkal pokok.

TEMPAT BAJA: Ada dua tempat boleh tabur. Iaitu dalam kawasan 5 kaki dari pangkal, namun ada risiko baja dibawa air kerana terdedah begitu sahaja.Kawasan lain adalah pada barisan antara pokok sawit iaitu pada susunan pelepah kering. Untuk baja cecair tambahan DiGrow, boleh sembur pada pangkal pokok iaitu dalam jarak 2 kaki.

Pembajaan Baja Foliar

Pembajaan foliar adalah teknik memberi baja kepada tanaman dengan menggunakan baja cair terus ke daun. Penyerapan terjadi melalui stomata daun dan juga melalui epidermis. Pergerakan nutrien biasanya lebih cepat melalui stomata, tetapi penyerapan total mungkin sama besar melalui epidermis. Tanaman juga boleh menyerap nutrisi melalui kulit (batang) mereka.Teknik ini ditemui oleh Dr. HB Tukey, penyelidik tanaman terkenal dari Michigan State University (MSU) Jabatan Hortikultur pada tahun 1950-an.

Kaedah ini memberi kesan 8 hingga 10 kali lebih efektif membekalkan nutrien dan lebih pantas dari kaedah baja tanah.Apabila penyerapan baja meningkat, pembaziran akibat nutrien diserap oleh tanah dapat dihindar menggunakan sistem baja foliar ini. Yang lebih penting adalah dengan hanya penggunaan baja yang minima akan meningkatkan kadar pangambilan air dan nutrient oleh pokok, sesetengah pengkaji menyatakan dalam nisbah 6:1.
Kesan selepas disembur baja foliar akan dapat dilihat pada warna daun yang semakin hijau disebabkan pengeluaran klorofil pada sel-sel daun yang terkena matahari yang akan mempercepatkan proses fotosintesis (proses membuat makanan dari cahaya matahari).

Kelebihan tambahan penggunaan baja foliar Digrow:

1. Kaedah pembajaan yang fleksibel - Tak perlu sembur pada daun jika pokok terlalu tinggi, sembur saja pada batang.

2. Menjimatkan kos - Penggunaan baja yang sedikit sudah mencukupi disamping mengurangkan pembaziran jika menggunakan baja tabur yang akan larut air semasa hujan.

Nutrien Optimum vs  Nutrien
Secara teorinya, tumbuhan memerlukan beberapa nutrient utama daripada tanah untuk proses tumbesarannya. Masa demi masa, nutrient dalam tanah tidak dapat menampung kehendak tumbuhan lagi, sehinggalah kita dapat tahu bahawa tumbuhan itu kekurangan nutrien melalui tanda pada daun dan hasil buahnya. 


Perlu diingatkan, tanah yang subur bukan sahaja perlu mengandungi nutrient-nutrien tetapi mesti juga mempunyai bahan-bahan lain seperti berikut:

-         Bahan-bahan galian – Pasir, kelodak, lumpur, lanar atau bahan dari batu.
-         Mikrob – Bacteria, kulat dan alga.
-         Organisma Reput - Dari hidupan seperti tumbuhan, haiwan dan mikrob.
-         Liang Udara – Rongga yang dipenuhi oleh air atau udara (gembur).
Antara nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan berdasarkan peratusan adalah seperti dibawah:

Kesemua nutrien diatas boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1. Nutrien Makro
-  nutrien yang diperlukan banyak oleh tumbuhan 
(lebih 0.1% - Oksigen hingga Manganese).
2. Nutrien Mikro
- nutrien yang diperlukan sedikit sahaja untuk tumbesaran (kurang 0.1% - Fluorine hingga Selenium). 
* Lihat jadual diatas.
AWAS!
Jangan tertipu dengan baja cecair lain yang lebih murah. Ia mungkin hanya baja Kimia dalam bentuk cecair yang tiada mikroorganisma baik (Smart Bacteria) didalamnya. Jika anda memakai baja tersebut, kesannya hanya seperti menggunakan baja kimia biasa kecuali dengan kelebihan penyerapan.



 FAQ:
Soalan    : Kenapa hanya menggunakan 1 liter 800ml utk 1 ekar sawit. Macam tak cukup baja je?

Jawapan : Baja Foliar menggunakan mikrob utk menyebarkan semua nutrien mengikut keperluan tumbuhan. Seperti yang kita tahu, mikrob ini akan membiak dengan cepat, berjuta-juta mikrob dapat dibiak dalam masa beberapa minit sahaja. Dengan dos yang sedikit sudah memadai untuk keperluan tumbuhan."

Apabila masuk kebun, kita mula tertanya-tanya. Selain baja tabur, baja apa lagi yang aku boleh pakai. Supaya hasil kebun bertambah dan terus bertambah.

Lalu macam-macam lah jenis baja keluar. Ada jenis tebuk. ada jenis serbuk, ada jenis sembur daun dan ada jenis air. Lepas tengok baja cecair ni macam bagus, kita pun berminat nak cuba
.
Tapi……… Ada kawan kita kata, “Jangan guna baja cecair. Bahaya. Nanti baja cecair ni paksa pokok berbuah!”
Benarkah begitu? Jom kita tengok mitos-mitos popular baja cecair.

MITOS PERTAMA: “Baja cecair adalah baja paksa pokok berbuah”. Ini yang kita selalu dengar. Bila dah pakai baja cecair, pokok akan berbuah tak henti-henti. Akhirnya pokok tak berbuah langsung.

Yang betul: Bukan semua baja cecair adalah baja paksa buah. Yang paksa buah tu adalah booster. Iaitu yang ada kandungan kimia tinggi. Manakala, baja cecair jenis organik tak akan paksa buah. Malahan ianya bertindak sebagai pelengkap baja butiran NPK.

MITOS KEDUA: “Cukuplah baja cecair sahaja. Kos baja akan turun drastik. 74.99%!”. Ini juga kita selalu dengar apabila orang offer baja cecair.

Yang betul: Baja cecair hanya sebagai baja tambahan. Ianya tetap memerlukan baja butiran. Contohnya baja cecair DiGrow. Pada awal-awal promosi, mereka sudah beritahu bahawa baja DiGrow adalah baja cecair dan sebagai baja tambahan. Sebagai pelengkap baja butiran untuk merawat kes tandan tak keluar.

MITOS KETIGA: “Kalau baja cecair ni power sangat, kenapa syarikat besar tak guna?” Ini lagi satu ayat mitos popular.

Yang betul: Jenis baja diladang-ladang besar adalah berbeza. Ada yang guna baja jenis tabur sebatian. Ada yang guna baja tabur campuran. Dan ada juga yang guna baja cecair. Mereka juga guna baja cecair dan ianya sebagai baja tambahan untuk melengkapkan lagi nutrient baja butir.

Pembajaan Melalui Daun (baja Foliar) dan 10 soalan panas tentang keraguannya 

Dalam air hujan terdapat nutrient yang diperlukan oleh tanaman.  Di atas permukaan lautan dan pantai, terhasil begitu banyak buih –buih air yang berterbangan diudara, begitu juga di tepi pantai, hentaman –hentaman ombak pada batu-batu di pesisir pantai menghasilkan begitu banyak buih-buih air yang berterbangan di udara, partikal-partikal ini dinamakan “aerosols” , kemudian partikel ini bergabung dengan debu-debu yang berterbangan dari daratan, menjadi partikel nutrient yang kemudiannya naik dan berkumpul di atmosfera dan menjadi awan yang terkumpul kemudian menjadi hujan menimpa bumi, kemudian mencurah ke helaian daun tanaman.

Boleh dikatakan setiap luas permukaan daun terkena air hujan yang mencurah ini, kemudian pula mengalir kesetiap ranting – ranting yang bercabangan dan kemudiannya turun ke batang.  Jika pokoknya sawit, disimpannya nutrient bersama  air hujan pada sisa –sisa pelepah yang masih terlekat pada batang menjadi simpanan makanan yang diperlukan. Lihat sahaja struktuk daun-daun yang diciptakan, cukup bersedia menerima dan memerangkap air.  

Lihat padi, ada struktur bulu-bulu berupa seperti bulu roma kita pada daunnya, menegak dan condong ke sisi, bersedia menerima hujan dan memerangkap sedikit air  pada roma-romanya. 

Walaubagaimanapun, pencemaran udara yang telah kita buat, menyebabkan air hujan kini sedikit berasid, namun fenomena air hujan ini, menjadi satu bukti  jelas bahawa  pembajaan  melalui daun adalah kaedah sebenar yang diperlukan tanaman, tinggal sahaja cara melasaksanakannya, mungkin peralatan, kaedah, atau formulasi baja yang diolah masih tidak bersesuain lagi.
    
Pembajaan melalui Daun (foliar), dengan cara semburan pada daun adalah teknik baru berbanding dengan teknik pembajaan melalui tanah, yang mempunyai sejarah yang cukup panjang. Kaedah ini menjadi satu kaedah yang luarbiasa dan banyak salah faham timbul, kerana dikatakan seolah-olah kaedah yang menyalahi hukum alam dan dianggap satu kepercayaan karut. Sekumpulan saintis di NTS  telah melakukan beberapa kajian ke atas aplikasi pembajaan foliar dan beberapa penemuan yang menakjubkan ditemui mereka.
Disini saya senaraikan jawapan mereka dengan 10  soalan yang biasa ditanya tentang Aplikasi pembajaan foliar.

1) Bolehkah pokok menyerap nutrient melalui daun  tanpa melalui sistem akar?

Jawapan kepada soalan penting ini telah dikaji dan ditemui pada tahun 1950s oleh H.B. Tukey & S.H. Wittwer dari Michigan State University, USA.  Mereka menyembur pokok dengan radioaktif potassium (K) dan phosphorus (P) dan dengan menggunakan sejenis alat Geiger, mereka mengira dan mengukur kadar serapan, nutrient pada pokok.  Mereka menemui nutrient bergerak dengan kadar 0.3 m/h (dalam masa satu jam)  ke semua bahagian pokok.

2) Adakah baja cecair foliar sebenar-benarnya  terus diserap oleh pokok melalui daun atau dari  tanah melalui semburan yang jatuh ke tanah atau melalui baja semburan yang terlekat pada daun yang kemudiannya masuk ke tanah  kerana  hujan?

Baja Urea telah digunakan dengan semburan  foliar pada daun sebagai percubaan ke atas tanaman pisang, Kopi dan juga apel.
Dan keputusannya lebih 65% Urea diserap dalam masa 25 minit, dengan majoritinya diserap pada daun yang lebih muda dan juga bahagian bawah daun. Jumlah masa serapan pada pisang ialah 30 jam, dan pada kopi dan tanaman koko ialah dalam  masa 24 jam, dan bahagian bawah daun muda pokok apel menyerap nutrient lebih baik dari daun tua pokok apel.  Ujian ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa nutrient diserap secara terus oleh daun. Cuma kaedah foliar  pada dasarnya, lebih popular digunakan sebagai baja tambahan top dressing dan sebagai salah satu kaedah alternatif.

3)Bagaimana aplikasi foliar menyerap nutrient?

Daun mengandungi lubang transcuticular ( lubang yang terletak diantara struktur sel) dan juga liang stomata, nutrient yang di sembur masuk melalui liang-liang tersebut. Lubang transcuticular ada di bahagian atas dan bawah daun, terbuka sentiasa, jadi nutrient akan  masuk melalui liang  ini. Liang Stomata lebih banyak wujud pada bahagian bawah daun, yang terbuka pada awal pagi atau lewat petang , yang mana jika kita sembur pada waktu ini adalah sangat berkesan  ia lebih efektif melalui daun berbanding akar. Rumput pastura dan juga pokok tebu, mempunyai stomata atas dan bawah daun, jadi tak perlu sembur satu bahagian bawah sahaja.

4) Adakah hanya di daun sahaja pokok menyerap nutrient?

Tidak, eksperiment yang pertama dilakukan oleh Tukey dan Wittwer, menunjukkan tunas, ranting, batang, bunga dan buah menujukkan penyerapan nutrient berlaku.Contohnya penyemburan boron pada jenis pokok daun luruh seperti Cheri dapat menghasilan pembentukan bunga yang bagus dan banyak ( dan kaedah ini penting dalam industri penanaman cheri).

5) adakah penggunaan agent perekat boleh meningkatkan lagi kecekapan pembajaan foliar?

Ya, idea yang bagus untuk meningkatkan lagi kecekapan pengambilan nutrient, dan ia memberi kentungan kepada kaedah foliar ini.

6) Adakah pembajaan foliar hanya sekadar baja tambahan atau sampingan, atau boleh mengantikan cara pembajaan secara tradisi melalui akar?

Pembajaan melalui foliar adalah sangat sempurna bagi merawat kesan kekurangan mikro element dari masalah tanah, contohnya pada kawasan tanah gambut, pemberian mikro nutrient terus pada daun adalah salah satu “short-cut” yang paling baik. Begitu juga pembajaan unsur utama seperti calcium disembur terus kepada buah, bila ia perlukan, walaupun dalam keadaan kadar serapan yang perlahan. Pembajaan boron secara foliar pada tomato sebelum berbunga, menghasilkan pertambahan hasil buah yang banyak, dan ini terhasil dari kualiti bunga yang terbentuk.

7) Apakah kelemahan aplikasi pembajaan foliar ini?

Aplikasi foliar ini tidak melibatkan masa dan peralatan seperti sistem fertigasi. Walaubagaimanapun, ada beberapa kes yang menyebabkan pengurangan pengambilan mineral lain melaui tanah secara antagonis (antagonis ialah pengurangan ketersediaan unsur disebabkan tindakan nutrient lain).

Di atas kelemahan yang kecil ini, menjadikan  ianya satu faktor yang pembajaan melalui tanah atau fertigasi adalah lebih bagus walaupun banyak melibatkan kos sebelumnya.  Inilah masanya kita menggunakan kaedah aplikasi foliar, nilai penyerapan nutrient yang cekap melalui kaedah ini adalah berbaloi berbanding kos dan masa dari kaedah yang lama. Begitu juga masalah dengan nilai NPK dengan pekatan yang tinggi berpotensi menyebabkan kesan terbakar pada pokok disebabkan kandungan garam dan asid yang tinggi, masalah ini menyebabkan kaedah foliar ini memerlukan kekerapan semburan yang tinggi berbanding kaedah baja melalui akar dan tanah.

8) Bolehkah aplikasi foliar ini mengantikan  nutrient berbanding aplikasi pembajaan melalui tanah?

Kajian keatas beberapa pokok jenis citrus dari California mencadangkan bahawa kaedah foliar ini tidak mustahil.

Dari perspektif sains tanah, keseimbangan mineral di dalam tanah adalah kritikal, terutamannya nisbah kalsium dan magnesium, yang ditentukan dengan kandungan oksigen yang ada dalam tanah. Begitu juga masa “counterproductive ” peringkat – peringkat pusingan tumbesaran tanaman, contohnya mineral ferum tidak boleh diberi pada peringkat berbunga pada mana-mana tanaman.


Ada beperapa nutrient yang kurang tahap mobilinya, contoh yang menarik ialah unsur boron (B), Tahap mobilitinya adalah berbeza mengikut jenis pokok juga. Jika di dalam Sap pokok mengandungi gula seperti sorbitol dan mannitol, boron akan merekat dengan jenis gula tersebut dan bergerak secara bebas didalam pokok.

Pokok jenis citrus(limau) mengandungi jenis gula sukrosa yang tinggi, sukrosa ini tidak merekat dengan boron, dan factor ini menyebabkan boron tidak bebas bergerak di dalam pokok jenis citrus, dalam situasi sebegini kaedah aplikasi foliar adalah yang terbaik untuk membekalkan nutrisi jenis boron pada pokok.  Membekalkan pokok jenis citrus ( limau) dengan rumpai laut (Seaweed) juga adalah bagus kerana  seaweed kaya dengan sumber mannitol.  Asid Fulvic juga perlu di tambah dengan cara semburan secara  foliar , penggunaannya mampu meningkatkan pengambilan nutrient sehingga 30% dengan mengaktifkan  sel membran  menjadi cepat.

9) Adakah penggunaaan Aplikasi pembajaan foliar mempunyai kesan sampingan?

Apabila nutrient dibekalkan pada daun dengak aplikasi foliar,  menyebabkan  pokok memerlukan lebih gula dan nutrient –nutrient lain pada zon akar. Perkara ini menyebabkan aktiviti mikrobal pada zon akar meningkat.  Dimana pada masa yang sama  ia meningkatkan pengambilan nutrient oleh pokok  melalui tanah. 

Proses ini hampir dikenal pasti  boleh berlaku pada semua jenis pokok dan tanaman, dan inilah manfaat paling besar yang diperolehi dalam kajian mereka. Aplikasi  foliar ini juga boleh  meningkatkan ketumpatan chlorophyll dan juga  proses fotosintesis dengan membekalkan mikrob berfaedah dan dengan cara ini juga, pengambilan nutrient menjadi cekap.

10)Adakah Sistem hidroponik memerlukan keperluan khusus untuk pembajaan aplikasi foliar?

Di dalam sistem tanpa tanah seperti hidroponik interaksi nutrient hanya berlaku pada zon akar sahaja, menyebabkan sesetengah nutrient susah untuk pokok menyerap  mineral disebabkan oleh ikatan antagonism antara nutrient. 

Kekurangan ferum banyak berlaku pada tanaman, ini disebabkan oleh tekanan suhu rendah. Begitu juga dengan isu lebihan pemberian Nitrate dalam sistem hidroponik, biasanya hanya dua jenis jenis nitrogen digunakan dalam dua bahagian pekatan hidroponik, kesimpulanya kaedah foliar boleh menjadi kaedah tambahan sampingan dalam pembekalan nutrient ini .  Nitrogen dalam bentuk ammonia boleh diberi secara aplikasi foliar untuk membekalkan nutrient yang seimbang.




BAJA DIGROW

Baja Organik DIGrow ( Rumpai Laut ) Setiap makhluk ciptaan Tuhan memerlukan bantuan tambahan seperti vitamin dan nutrisi untuk terus h...